Labels

Tuesday, 12 April 2011

Langkah-langkah Mudah Makro (Olahan dari artikel majalah)

Artikel ini saya olah kembali artikel yang saya baca dalam majalah. Ia mengenai beberapa langkah mudah untuk mengambil gambar makro. Saya olahkan semula secara ringkas untuk mudah difahami.

1. Pilih lens yang betul.
'True Macro Lens' membolehkan anda merakam subjek pada saiz sebenar (format 35mm). Itu sahaja yang ditulis, rasanya ada yang tak faham, jadi saya tambahkan sedikit.

http://macro-photography.org/
how_is_macro_lense_magnification_rated/index.php


Merakam subjek saiz sebenar bermaksud saiz pada sensor imej (CCD/CMOS) kamera adalah sama seperti saiz subjek asal. Katakan sekuntum bunga sepanjang satu inci, bermakna pada sensor imej kamera juga, ianya panjang satu inci. Ini umpama meletak bunga tersebut pada sensor imej.









http://www.cambridgeincolour.com/
tutorials/macro-lenses.htm
Ini pula pembesaran imej pada 1:4, bermakna imej hanya 25% dari saiz asal.






2. Fokus dengan tepat

Fokus pada bahagian yang perlu untuk diketengahkan. Julat fokus dalam fotografi makro adalah amat kecil, jadi perlu semak semula pada skrin LCD untuk memastikan fokus adalah tepat.




3. Elakkan kamera dari bergoncang


Goyangan kamera adalah satu masalah besar dalam fotografi makro, goyangan yang sedikit sahaja boleh merosakkan gambar. Jadi penggunaan tripod atau beanbag amat membantu. Semakin kukuh tripod, semakin elok.

4.  Kawal Depth-of-field (DOF)

Untuk mendapatkan subjek dalam fokus yang tajam, DOF harus dikawal. Jarak pemfokusan dari subjek yang terlalu dekat dan juga bukaan perongga lens yang luas menjadikan DOF terlalu kecil. Untuk mendapatkan DOF yang lebih (sebahgian besar gambar dalam fokus), boleh menggunakan aperture yang kecil seperti f/11 atau f/16. Untuk mengasingkan subjek dari latar belakang (supaya nampak lebih timbul dan 3D), boleh menggunakan seperti f/4.


5. Komposisi

Komposisi kadang-kala dilupakan apabila terlalu taksub memfokus pada subjek. Latar belakang kadang-kala tidak digarap dengan kemas seperti terdapatnya elemen-elemen yang mengganggu pandangan mata. (Olahan tentang komposisi akan saya pautkan pada artikel lain).




6. Pembersihan


coming soon....


7. Kawal pencahayaan


coming soon...


* Olahan dari artikel 'Macro 7 point plan' majalah Practical Photography December 2008

No comments:

Post a Comment