Labels

Thursday 14 April 2011

Risiko Fotografi landskap low-light

Mengambil gambar landskap ketika cahaya yang kurang (senja, malam, dalam hutan dll...) mempunyai beberapa risiko yang perlu diberi perhatian:

1. Noise: 
Perkara biasa yang terjadi dalam situasi ini, terutama pada kawasan yang gelap, jadi gunakan ISO yang paling rendah terdapat pada kamera.

2. Hot pixels:
Kawasan pada imej yang hilang maklumat (nampak apabila membuat cetakan gambar yang besar), mengakibatkan dot putih atau merah.

3. Overexposure:
Perbezaan kecerahan antara langit yang terang dan kawasan tanah yang gelap boleh mengakibatkan overexposed pada bahagian langit, ini boleh dikurangkan dengan penggunaan filter ND.

4. Horizon yang tidak seimbang
Apabila terlalu concentrate pada shot, boleh tidak perasan horizon adalah senget. Boleh dielakkan dengan menggunakan penimbang air (spirit level).

5. Kamera bergegar
Penggunaan shutter speed yang lama mempunyai risiko kamera bergegar akibat tiupan angin, pukulan ombak, arus air, penggunaan tripod yang kuat, dan fasiliti 'mirror lock up' boleh mengurangkan risiko.

* Olahan dari artikel 'Low-light Dilemmas'   Digital Camera September 2007

No comments:

Post a Comment