Labels

Tuesday, 19 April 2011

Rule of Third

1. Rule-of-Third (ROT)
Bagi saya, ini adalah asas komposisi, kalau tak tahu yang lain-lain, sekurang-kurangnya kita tahu apa itu ROT. Kenapa ROT? tak Rule-of-four, atau Rule-of-seven ke? Tak dapat lah saya jelaskan kerana bukan saya yang cipta kaedah ini. Tapi mengikut pemahaman saya, kaedah ini digunapakai setelah terdapat kajian psikologi tentang bagaimana manusia melihat sesuatu gambar. Penggunaan ROT ini membuatkan gambar menjadi lebih seimbang (kadang-kadang tidak juga..), sedap memandang, dan boleh menceritakan tentang gambar tersebut.

Untuk mendapatkan garis ROT, bahagikan kepada tiga bahagian untuk horizontal dan vertikal. Jika kamera anda  ada garis grid, mudah la, kalau tidak, gunakan imaginasi anda untuk menghasilkan garis ROT secara maya.

Subjek diletakkan pada garisan, contoh gambar disebelah, bukan sahaja diletakkan pada garisan, malahan di persimpangan garisan pula tu.




Dalam fotografi landskap, ROT banyak digunakan. Pokok-pokok yang dominan boleh diletakkan pada garis ROT, manakala paras tanah biasanya diletakkan 1/3  pada bawah gambar.














Untuk gambar fauna juga boleh diaplikasikan ROT, badan burung berada hampir dengan garis dan matanya berada pada garis horizontal atas. Kebiasaan gambar sebegini memerlukan ruang yang lebih luas di depan subjek untuk mewujudkan 'looking space' ataupun 'walking space'.

Ok sudah-sudah lah cerita pasal ROT ni, senang aje, bahagi 9 skrin tu, lepas tu letak2 aje subjek dekat-dekat dengan garis tu, siap.

No comments:

Post a Comment