Labels

Friday 29 April 2011

Prinsip-Prinsip Reka Bentuk dalam Fotografi

Komposisi 
Komposisi adalah susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar. Komposisi adalah cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar. Komposisi adalah suatu Organisasi Visual.





Keseimbangan
Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. Keseimbangan lah yang akan mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan ataupun ketenangan.
Keseimbangan Simetri


Kontras
Kontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain. 

Wana merah jambu dan hijau adalah warna yang kontras

Harmoni
Harmoni bermaksud elemen-elemen di dalam suatu gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan. Harmoni boleh menyebabkan beberapa elemen nampak seperti satu entiti. Contohnya bunga-bunga seperti gambar di bawah membentuk satu kumpulan bunga.



Dominan
Dominan adalah titik fokus utama dalam sesuatu gambar. Dominan dan Keseimbangan boleh mewujudkan UNITY dalam sesuatu gambar.



Kesatuan (unity)
Kesatuan wujud apabila beberapa elemen bercantum menjadi seperti satu entiti.



Ulangan 
Ulangan terbentuk apabila terdapat beberapa elemen-elemen yang sama/hampir sama dalam suatu gambar.




Wednesday 27 April 2011

Ruang

Ruang yang membentuk shape adalah ruang positif, ruang selain shape adalah ruang negatif. Ruang boleh digunakan untuk mengimbangkan komposisi gambar, penggunaan ruang yang luas boleh membuatkan subjek lebih bebas dan bernafas.

Tuesday 26 April 2011

Tekstur dan Corak

Tekstur adalah kualiti permukaan shape.



Corak adalah elemen-elemen yang berulang-ulang.




Warna

Warna ditentukan oleh Value, Hue dan Saturation. Warna yang berlainan memberikan mesej yang berlainan.













Warna Panas (warm) memberikan perasaan bertenaga, menarik,














Warna sejuk (cool) memberikan perasaan tenang,

Warna Complementary




Elemen-Elemen Reka Bentuk dan Fotografi


Fotografi dan Seni Reka mempunyai kaitan rapat, sebab itu elemen-elemen dalam reka bentuk juga digunapakai dalam seni fotografi. 


Elemen-elemen Reka Bentuk di dalam Fotografi



Shape
Bentuk (shape/form)
Elemen-elemen yang berhubung antara satu sama lain di dalam sesebuah foto akan membentuk SHAPE. Jika sesuatu foto kekurangan SHAPE ia boleh menjadikan foto itu kurang sedap dilihat, kelihatan semak ataupun kelam-kabut. SHAPE yang berlainan mempunyai kekuatan yang berlainan, Segi Tiga dan Diamond mempunyai kesan visual yang lebih kuat berbanding dengan SHAPE bulat, empat segi ataupun Simetrikal.

Form (tiga segi)



Form
SHAPE pada asasnya bersifat dua dimensi, FORM pula adalah SHAPE yang bersifat tiga dimensi, mempunyai tekstur dan memerlukan cahaya yang terang untuk dihasilkan.


Garisan

Vertikal
Penggunaan garis vertikal boleh menimbulkan perasaan kekuatan, ketinggian, dominan, ataupun kekuasaan (seperti perasaan kita melihat bangunan pencakar langit, pokok yang tinggi dsb). Ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan mood tension. 
Horizontal
Garis horizontal boleh menimbulkan mood kestabilan, berehat, ketenangan. Jika hendak menekankan pada impak yang lebih stabil, shoot secara landskap. Tetapi jika hendak menekankan kepada garis horizontal tersebut, shoot secara potrait.

Garis horizontal seboleh-bolehnya jangan diletakkan betul-betul di tengah, yang boleh membahagikan gambar kepada dua dan membuatkan gambar rasa tidak siap (jadi gunakanlah Rule-of-third). Garis horizontal juga di horizonkan betul-betul horizon.



Diagonal


Garisan Diagonal  boleh menimbulkan mood pergerakan atau dinamik.  


Lengkung
Lengkung S
Garis lengkung  menimbulkan mood dirahmati, kelancaran atau martabat. Lengkung S mempunyai kesan visual yang lebih kuat, bentuk berkeluk membuatkan mata pelihat perlahan-lahan menyusuri gambar untuk lebih penghayatan

Leading Lines
Leading Lines pula membantu mata pelihat fokus pada subjek di dalam foto. 

 
Warna


Warna ditentukoleh Value, Hue dan Saturation. Warna yang berlainan memberikan mesej yang berlainan.
Warna Panas (warm) memberikan perasaan bertenaga, menarik,
Warna sejuk (cool) memberikan perasaan tenang,



Warna Complementary
Tekstur & Corak
Tekstur adalah kualiti permukaan SHAPE.






Ruang
Ruang yang membentuk shape adalah ruang positif, ruang selain shape adalah ruang negatif. Ruang boleh digunakan untuk mengimbangkan komposisi gambar, penggunaan ruang yang luas boleh membuatkan subjek lebih bebas dan bernafas.

















Gradiasi (tonal)
(dalam proses...)

Arah
(dalam proses...)




Saiz 






(dalam proses...)




Keseimbangan Bentuk

Keseimbangan memainkan peranan penting untuk menjadikan foto dilihat sedap mata memandang.




1. Keseimbangan formal (symetrical)
Gambar diseimbangkan oleh objek-objek yang sama/hampir sama















2. Keseimbangan informal (asymetrical)
Gambar diseimbangkan oleh objek2 yang berlainan bentuk., Keseimbangan ini nampak lebih menarik daripada keseimbangan formal.






















3. Keseimbangan radial



Bentuk (shape/ Form)

Bentuk(shape) adalah elemen asas dua dimensi. Ia tidak mempunyai (minima) detail. Ia memainkan peranan penting dalam fotografi di mana pelihat mengenalpasti objek di dalam gambar (melalui bentuk). Walaupun Bentuk adalah dua dimensi, penggunaan scahaya yang betul  boleh menjadikan ia bentuk tiga dimensi.

Bentuk akan lebih terserlah jika dipadankan dengan latar belakang/depan yang mempunyai tonal atau warna yang berlawanan.



































Form pula adalah berbentuk tiga dimensi.  Ia terbentuk dari tonal warna gelap dan cerah yang terdapat pada Shape. Penghasilan Form memerlukan cahaya yang cukup.

Garis lengkung

mood dirahmati, kelancaran, martabat

Monday 25 April 2011

Garisan Diagonal

Menimbulkan mood pergerakan, dinamik, dll

Garisan Vertikal

Penggunaan garis menegak boleh menimbulkan perasaan kekuatan, ketinggian, dominan, ataupun kekuasaan (seperti perasaan kita melihat bangunan pencakar langit, pokok yang tinggi dsb). Ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan mood tension.

Tuesday 19 April 2011

Framing

3. Pembingkaian (framing)

Pembingkaian dapat membuatkan pelihat menumpukan perhatian pada subjek yang dikelilingi bingkai.

Framing yang extreme aggression. Bolehlah, janji framing tu ada unsur yang boleh berkait dengan apa yang dibingkainya, jangalah frame kan bagunan moden  tu dengan objek seperti ....(tak ada idea lagi apa...)














Frame dalam frame dalam frame...framing pintu ni popular lah.














Latar Depan

Jika sesuatu subjek itu mempunyai sesuatu yang menarik di sekelilingnya dan boleh dijadikan latardepan, elok dimasukkan sekali ke dalam gambar. Bukan setakat untuk mencantikkan gambar aje, latardepan boleh membuat kita rasa kedalaman gambar itu, dapat rasa jaraknya, dan kadang-kadang dapat membuatkan kita rasa berada di situ. Tapi pastikan latarddepan itu tidak menguasai gambar dan tidak mengganggu.

Penggunaan lensa tele boleh menjadikan latardepan yang jauh kelihatan dekat dengan subjek. Meletakkan pokok sebagai latardepan seperti gambar di sebelah boleh menimbulkan mood yang berlaianan.








Memasukkan batu sebagai latar depan gambar adalah perkara yang biasa dilakukan penangkap gambar sungai. Ini bagi mengelakkan 'kawasan mati' di tengah-tengah sungai yang menjadikan gambar sedikit membosankan.













Jika dalam kawasan bangunan mepunyai laman yang boleh tahan, jadikan ia latardepan. Penggunaan lensa wideangle dapat membantu menjadikan latardepan kelihatan lebih luas mata memandang.






Rule of Third

1. Rule-of-Third (ROT)
Bagi saya, ini adalah asas komposisi, kalau tak tahu yang lain-lain, sekurang-kurangnya kita tahu apa itu ROT. Kenapa ROT? tak Rule-of-four, atau Rule-of-seven ke? Tak dapat lah saya jelaskan kerana bukan saya yang cipta kaedah ini. Tapi mengikut pemahaman saya, kaedah ini digunapakai setelah terdapat kajian psikologi tentang bagaimana manusia melihat sesuatu gambar. Penggunaan ROT ini membuatkan gambar menjadi lebih seimbang (kadang-kadang tidak juga..), sedap memandang, dan boleh menceritakan tentang gambar tersebut.

Untuk mendapatkan garis ROT, bahagikan kepada tiga bahagian untuk horizontal dan vertikal. Jika kamera anda  ada garis grid, mudah la, kalau tidak, gunakan imaginasi anda untuk menghasilkan garis ROT secara maya.

Subjek diletakkan pada garisan, contoh gambar disebelah, bukan sahaja diletakkan pada garisan, malahan di persimpangan garisan pula tu.




Dalam fotografi landskap, ROT banyak digunakan. Pokok-pokok yang dominan boleh diletakkan pada garis ROT, manakala paras tanah biasanya diletakkan 1/3  pada bawah gambar.














Untuk gambar fauna juga boleh diaplikasikan ROT, badan burung berada hampir dengan garis dan matanya berada pada garis horizontal atas. Kebiasaan gambar sebegini memerlukan ruang yang lebih luas di depan subjek untuk mewujudkan 'looking space' ataupun 'walking space'.

Ok sudah-sudah lah cerita pasal ROT ni, senang aje, bahagi 9 skrin tu, lepas tu letak2 aje subjek dekat-dekat dengan garis tu, siap.