Labels

Monday, 11 April 2011

Asas Kamera Digital

Artikel ini sebenarnya saya terjemah aje dari pelbagai sumber, tapi diringkaskan supaya beginners tak pening macam baca artikel English yang terlalu teknikal dan kadang-kadang tak faham apa ceritanya.

Apa itu kamera? tak payah cerita lah, ramai dah tahu, kalau tak tahu jugak, boleh browse Wikipedia. Sejarah kamera? pun tak payah cerita, banyak maklumat dalam internet. Saya shortcut kan aje pada yang dirasakan seorang jurugambar perlu tahu dan hafal dalam  .

Jenis-jenis Kamera


Saya ringkaskan hanya beberapa jenis sahaja:

1. Rangefinder

2. Single-Lens Reflex (SLR)

3. Twin-Lens Reflex (TLR)

Saya tak nak cerita panjang-panjang selain dari SLR.
Kenapa dinamakan Single Lens Reflex? Sebabnya kamera menggunakan satu cermin pembalik, kalau TLR guna dua cermin. Kalau Rangefinder tiada cermin pembalik.

Secara mudahnya, SLR adalah kamera yang menggunakan sistem cermin mekanikal dan pentaprisma untuk mengarahkan cahaya daripada lensa kepada viewfinder.

Sila kaji gambarajah di bawah:


source: Wikipedia
1. Kanta/ Lensa
2. Cermin pembalik (ni la dia...)
3. Pengatup (shutter)
4. Sensor Imej (CCD/CMOS dll..)
5. Skrin pemfokus
6. Condenser Lens (tak dapat diterjemahkan..)
7. Pentaprisma (pentamirror untuk kamera low-end)
8. Viewfinder/ eyepiece








http://visual.merriam-webster.com
Pandangan isometrik keratan rentas SLR













Lensa Kamera

Antara kelebihan DSLR adalah keupayaan menukar lens nya. Terdapat beberapa jenis lensa:

1. Zoom lens
Focal lenght zoom lens adalah tidak tetap. Contoh seperti lens 10-20mm, 18-200mm ataupun 170-500mm.
Zoom lens seperti 100-400mm dinyatakan sebagai 'zoom 4x'. Kebanyakan zoom lens mempunyai bukaan aperture maksimum yang tidak sama untuk setiap focal lenght. Contohnya lens 18-55mm f/3.5-5.6, aperture maksimum pada focal lenght 18mm adalah f/3.5, manakala pada 55mm adalah f/5.6.

2. Prime lens
Focal lenght untuk prime lens adalah tetap, seperti lens 35mm, 50mm, 300mm. Kelebihan prime lens adalah optiknya yang lebih tajam daripada jenis lens lain. Ia juga mempunyai bukaan aperture maksimum yang lebih luas sehingga f/1.2 (untuk lens yang berada di pasaran).

3. Macro lens
Lens ini direka untuk membuat fotografi jarak dekat. Lens makro 1:1 (true macro lens) biasanya adalah dari jenis prime lens.

4. Special purpose lens
Lens luar biasa seperti 'fish eye', 'perspektice control', 'sof focus' .


Lens Focal Lenght

Focal Lenght (FL) lensa boleh dibahagikan kepada kategori utama (mengikut perkiraan format 35mm/Full frame):



Lens Focal Lengths* Lens TypePhotography Type
Less than 20mmExtreme Wide AngleArchitecture
21mm - 35mmWide AngleLandscape
35mm-70mmNormalStreet and Documentary
80mm-135mmMedium TelephotoPortraiture
135mm-300mmTelephoto Sports and Wildlife
Greater than 300mmSuper TelephotoWildlife


Lensa yang mempunyai FL melebihi 4x, dinamakan 'Superzoom', seperti lensa 18-200mm.











No comments:

Post a Comment