Labels

Friday 29 April 2011

Prinsip-Prinsip Reka Bentuk dalam Fotografi

Komposisi 
Komposisi adalah susunan atau gubahan elemen-elemen visual dalam sesuatu gambar. Komposisi adalah cara sesuatu foto menyampaikan penceritaan gambar. Komposisi adalah suatu Organisasi Visual.





Keseimbangan
Keseimbangan membabitkan pengagihan elemen-elemen dalam sesuatu gambar. Keseimbangan lah yang akan mengawal elemen-elemen untuk menarik perhatian. Keseimbangan boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Ia juga boleh mengakibatkan perasaan pergerakan, tekanan ataupun ketenangan.
Keseimbangan Simetri


Kontras
Kontras terhasil apabila terdapat suatu elemen yang timbul (stand out) kerana ianya berlainan daripada elemen-elemen lain. 

Wana merah jambu dan hijau adalah warna yang kontras

Harmoni
Harmoni bermaksud elemen-elemen di dalam suatu gambar mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, dan mempunyai kaitan. Harmoni boleh menyebabkan beberapa elemen nampak seperti satu entiti. Contohnya bunga-bunga seperti gambar di bawah membentuk satu kumpulan bunga.



Dominan
Dominan adalah titik fokus utama dalam sesuatu gambar. Dominan dan Keseimbangan boleh mewujudkan UNITY dalam sesuatu gambar.



Kesatuan (unity)
Kesatuan wujud apabila beberapa elemen bercantum menjadi seperti satu entiti.



Ulangan 
Ulangan terbentuk apabila terdapat beberapa elemen-elemen yang sama/hampir sama dalam suatu gambar.




No comments:

Post a Comment