Jika sesuatu subjek itu mempunyai sesuatu yang menarik di sekelilingnya dan boleh dijadikan latardepan, elok dimasukkan sekali ke dalam gambar. Bukan setakat untuk mencantikkan gambar aje, latardepan boleh membuat kita rasa kedalaman gambar itu, dapat rasa jaraknya, dan kadang-kadang dapat membuatkan kita rasa berada di situ. Tapi pastikan latarddepan itu tidak menguasai gambar dan tidak mengganggu.
Penggunaan lensa tele boleh menjadikan latardepan yang jauh kelihatan dekat dengan subjek. Meletakkan pokok sebagai latardepan seperti gambar di sebelah boleh menimbulkan mood yang berlaianan.
Memasukkan batu sebagai latar depan gambar adalah perkara yang biasa dilakukan penangkap gambar sungai. Ini bagi mengelakkan 'kawasan mati' di tengah-tengah sungai yang menjadikan gambar sedikit membosankan.
Jika dalam kawasan bangunan mepunyai laman yang boleh tahan, jadikan ia latardepan. Penggunaan lensa wideangle dapat membantu menjadikan latardepan kelihatan lebih luas mata memandang.
No comments:
Post a Comment