Labels

Tuesday, 19 April 2011

Garis Horizontal dalam fotografi

Garis horizontal boleh menimbulkan mood kestabilan, berehat, ketenangan. Jika hendak menekankan pada impak yang lebih stabil, shoot secara landskap. Tetapi jika hendak menekankan kepada garis horizontal tersebut, shoot secara potrait.

Garis horizontal seboleh-bolehnya jangan diletakkan betul-betul di tengah, yang boleh membahagikan gambar kepada dua dan membuatkan gambar rasa tidak siap (jadi gunakanlah Rule-of-third). Garis horizontal juga di horizonkan betul-betul horizon.

Thursday, 14 April 2011

Lens telephoto

Kenapa guna lens telephoto?

1. DOF yang sedikit
subjek kelihatan timbul

2. Shot dari viewpoint yang rendah

3.. Dapat mengambil gambar dari jarak jauh:
Amat berguna untuk mengambil gambar fauna seperti pepatung, kala jengking, burung yang tidak boleh dihampiri dekat.

Lens Wideangle

Kenapa guna lens wideangle?

1. Dapat menyertakan komponen2 sekeliling

2. Shot dari atas

3. Dapat fokus dari jarak dekat

4. Perspektif yang luar biasa

Risiko Fotografi landskap low-light

Mengambil gambar landskap ketika cahaya yang kurang (senja, malam, dalam hutan dll...) mempunyai beberapa risiko yang perlu diberi perhatian:

1. Noise: 
Perkara biasa yang terjadi dalam situasi ini, terutama pada kawasan yang gelap, jadi gunakan ISO yang paling rendah terdapat pada kamera.

2. Hot pixels:
Kawasan pada imej yang hilang maklumat (nampak apabila membuat cetakan gambar yang besar), mengakibatkan dot putih atau merah.

3. Overexposure:
Perbezaan kecerahan antara langit yang terang dan kawasan tanah yang gelap boleh mengakibatkan overexposed pada bahagian langit, ini boleh dikurangkan dengan penggunaan filter ND.

4. Horizon yang tidak seimbang
Apabila terlalu concentrate pada shot, boleh tidak perasan horizon adalah senget. Boleh dielakkan dengan menggunakan penimbang air (spirit level).

5. Kamera bergegar
Penggunaan shutter speed yang lama mempunyai risiko kamera bergegar akibat tiupan angin, pukulan ombak, arus air, penggunaan tripod yang kuat, dan fasiliti 'mirror lock up' boleh mengurangkan risiko.

* Olahan dari artikel 'Low-light Dilemmas'   Digital Camera September 2007

Wednesday, 13 April 2011

Komposisi

Selain dari kita patut tahu tentang teknikal kamera, juga harus tahu tentang aspek-aspek seni dalam fotografi. 
Komposisi yang baik boleh dihasilkan dengan gabungan antara elemen-elemen reka bentuk dan prinsip-prinsip reka bentuk.



Komposisi gambar yang bagus akan membuatkan pelihat senang melihat, dan kadar ke'jemu'an pun akan lambat.







 


Rule-of-Third (ROT)













Latar Depan



Pembingkaian (framing)







9. Latar belakang yang bersih








11. Golden MEan/rectangle/spiral

Golden Rectangle










Golden Spiral










 12. Spatial Divider








13. Reflection













14. Sillhoutte










15. Perspektif 










Yang Elok dielakkan


  • Elemen2 yang membawa pelihat keluar frame
  • Elemen2 yang mengganggu 
  • Elakkan visual path bermula dari bucu gambar
  • Subjek dominan yang lebih dari satu
  • border Merger/ Kissing the edges
  • Dimensional Merger
  • Near Merger
  • Tonal merger
 Komposisi Lanjutan
  •  Kumpulkan subjek-subjek menjadi satu COI
  •  Sertakan 'rest area
  •  Mulakan garis dari kiri ke kanan
  •  Fall-off effect
  •  Latar belakang / depan kabur (bokeh)
  •  Warna Complementary
  •  Gestalt Teory
  •  Figure and Ground

Apakah yang membuatkan gambar foto yang menarik perhatian

Ini bukanlah teori ciptaan saya, tapi kaedah-kaedah yang banyak digunapakai oleh penangkap-penangkap gambar, tak kira di mana jua berada. Saya cantumkan beberapa kaedah2 dari beberapa sumber, dan ringkaskan kepada apa yang saya rasa perlu untuk tahu.

Ada juga penangkap-penangkap foto yang begitu taksub dengan peralatan fotografi, tahu serba-serbi luar dalam kamera, lens dan aksesori, mempunyai pengetahuan mendalam untuk mengawal mekanisma, tapi terlupa macam mana nak hasilkan gambar yang boleh menarik perhatian orang ramai. Jika kita tahu sedikit tentang kaedah2 penghasilan gambar yang baik, gambar yang guna cameraphone pun boleh mencurik perhatian pelihat.

Asas
Setiap imej perlu ada struktur asas, macam rumah le, ada tiang seri, bangunan KLCC pun ada struktur tapak, baru lah kukuh. Struktur inilah yang akan menarik perhatian pelihat dari jauh, tak kira lah walaupun gambar itu kecil. Jadi kalau gambar tu tak dapat menarik perhatian dari jauh, maka lupakan aje. (kaedah saya memilih gambar yang beribu-ribu pun, saya lihat struktur imej dari thumbnail, mana larat nak enlarge gambar satu2 untuk kaji...)

Cerita punya cerita..apa kah dia struktur dalam gambar tu?
Mengikut pemahaman saya, struktur yang dimaksudkan adalah:
1. Warna
2. Bentuk
3. Kontras (antara gelap dan terang, warna comlementary)
antara subjek dan persekitarannya...(agak konfius?...)

Contohnya seperti gambar ini (tak da la hebat sangat....)
Nyata nampak bentuknya tiga segi tirus yang dihasilkan daripada daun dan  itu. Warna hijau (daun) nayta timbul apabila dipadankan dengan latarbelakang hitam, warna merah (ladybird) juga timbul apabila dipadankan dengan warna hijau (kontras antara merah dan hijau adalah tinggi kerana mereka adalah warna complementary) - mari lihat Roda Warna (colorwheel)! jadi gabungan bentuk, warna dan kontras tadi yang menjadikan struktur gambar ini.

Jadi gambar ini ada kelebihan dipandang dari jauh antara banyak2 gambar, dan peluang untuk dikaji secara dekat adalah lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, setelah dikaji secara halus, gambar ini tidak lah hebat mana, DOF nya tak berapa  luas, dan imejnya tidak berapa tajam. Tapi sekurang-kurangnya peluang dipandang adalah lebih.



Gambar ini pula mempunyai bentuk yang lebih besar, merah dan hijau (warna complementary)  menjadi warna yang timbul dan juga mempunyai kontras yang kuat,
















Komposisi
Ketika mencari komposisi abaikan dahulu detail (salah satu kaedah fotografi seni juga ni...). Pastikan apa-apa elemen yang tak menyumbang tidak dimasukkan. Cari apa-apa garis atau bentuk asas, macam garis bengkok ke, bentuk lonjong ke...lepas tu baru gubah komposisi (nak kena masuk bab komposisi pula..)


Sedikit Petikan dari Encik Ken Rockwell 

Never Imitate

No one can be as good at being Ansel Adams or Jack Dykinga or Jay Maisel or David Muench or Richard Avedon or whoever, as they were.

Don't even try.

Only you can be you. None of them can ever be as good at being you as you are.

The biggest difference between them and you or I is that they got over worrying about technique, and put all their efforts into looking for good images. David Muench doesn't even look for images, he just goes out with no preconceived notions and goes wherever he feels like he's being guided. Muench pays most of his attention to picking up on whatever signals he's picking up from the landscape. They all go out with open minds and see what they see.

Leading photographers never go out with navigational coordinates attempting to find the same location some other shooter used before.

Screw convention. It's the fastest way to boring images. Don't ever try to shoot anything based on what you think might play well in a contest or might be something other people might like.

Follow your own passion and excitement. Shoot what excites you. If you can capture your own excitement, you just got a good image.

Think about this: if the guy who made the shot you admire didn't start out with a GPS map printout, how on Earth do you expect to do any better yourself when you get there in different conditions? The guys who shoot nature know the light and conditions are far more important than the location. If they do find a location they like, they may have to wait years to get the right light there.

Don't expect that on your two weeks of vacation that you can drive up to the same spot and duplicate years of waiting effort. The way these guys find their pictures is by keeping their eyes on what's in front of them, not a map. When magnificent conditions hit they shoot what's in front of them at the time.



Circle of Confusion (COF)

Cirle of Confusion membuatkan saya confuse sedikit, jadi next time aje saya sambung....
tapi pada siapa2 yang tidak sabar, boleh browse di sini:

http://www.luminous-landscape.com/tutorials/understanding-series/dof.shtml