Labels

Thursday, 24 February 2011

Sungai Congkak/ Hulu Pangsun

Ini antara pemandangan rambang di Hulu Pangsun. Jam 9.00 pagi time ni, plan nak ambil gambar dari tengah sungai, tapi air amat deras, hujan semalam. Saya amat senang dengan komposisi ini, sedap mata sendiri memandang, walaupun kelihatan ada makhluk di celah2 pokok.






Nikon D90 + Sigma 18-200mm OS
Di ambil dari posisi yang sama seperti gambar sebelum ini, cuma dizoom lebih dekat pada pokok di dalam sungai itu. Kali ini tripod digunakan untuk mendapatkan effect air berbulu. Lens yang digunakan adalah Sigma 18-200mm, f/3.5-6.3DC OS HSM, lens yang sebaguna, kalau bawa satu lens, inilah lens nya. Lens ini boleh tahan ketajaman optiknya. Aperture di setkan pada f/16, bukan bukaan yang optimum untuk lens ini mengekalkan ketajaman imejnya, tapi perlu untuk mendapatkan shutter speed 0.8 saat, cukup untuk mengaburi air. Saya tidak ingat sama ada mengenakan filter ND8x ataupun Polarizer, tapi kalau mengikut logik shutter speed yang didapati, berkemungkinan besar menggunakan filter Polarizer. Saya juga menggunakan 'white balance cap' untuk mendapatkan bacaan white secara manual/preset. Tapi kadang2 rasa macam tak berapa betul, tapi tak ada masalah, saya selalu shoot RAW, jadi white balance boleh adjust semula masa editing (saya akan adjust WB mengikut kesesuaian mata saya, jadi tak semestinya betul juga, janji dapat mood..).
Komposisi yang balance selalu saya amalkan, tapi gambar ini mempunyai penimbang yang ghaib sedikit, tiada objek di kawasan kanan yang mengimbangkan berat dengan dua batang pokok di sebelah kiri, tapi mata saya masih senang menatap gambar ini, mungkin aliran air berbulu di belah kanan telah mengimbangkannya secara psikologi.
Kedudukan paras air tidak saya letakkan pada kedudukan rule-of-third (ROT).  Bagi saya, tidak semua komposisi berjaya dengan ROT. Saya tidak dapati ada apa-apa yang boleh menolong pada bahagian atas mahupun bawah gambar yang mempunyai daya tarikan untuk diberi kelebihan jajahan. Pokok renek di bahagian bawah kiri gambar saya sertakan sekali kerana merasakan ia dapat membantu komposisi.
Setelah melihat dengan sedikit teliti, rupanya ada sedikit sampah plastik putih pada pangkal pokok kembar belah kiri itu. Perkara ini memang tak dapat dielakka, pada viewfinder, banyak benda2 kecil yang tidak kita perasan. Ini pun bukan masalah, sampah itu boleh dighaibkan menggunakan 'clone tools' dalam Photoshap. Gambar ini juga tidak dicerahkan lagi, saya suka dengan mood redup yang original ini.


f/20, 0.8 saat, ISO 200, Sigma18-200mm @80mm
f/16, 5 saat, ISO 200, Sigma 10-20mm @ 10mm






f/20, 0.6 saat, ISO 200,
 Sigma18-200mm @18mm


No comments:

Post a Comment