Labels

Wednesday, 27 July 2011

Pulau Tioman




Jeti Tanjung Gemok
Pulau Tioman, orang dulu panggil Gunung Daik Bercabang Tiga, walaupun yang saya nampak hanyalah dua cabang aje. Ada juga yang mengatakan ianya adalah seekor naga yang berehat dalam perjalanan ke Negara Temasik, tapi lama sangat berehat, sampai jadi pulau. Jadi saya pernah pijak badan seekor nagalah macam ni…ye..seekor naga... panjangnya pualu Tioman sekitar 39km dan lebarnya dalam 12km. (sila rujuk Wikipedia utk keterangan lanjut).
More info: http://www.malaysiasite.nl/tiomaneng.htm


Pemandangan dari Jeti Kg. Tekek
Jeti Kg. Tekek

Kampung Tekek
Perjalanan dari Tanjung Gemok ke Kampung Tekek (pusat bandar dia lah tu..) kira-kira dekat dua jam lah jugak, sebab kena turunkan penumpang dulu di Genting. Bot dari Tanjung Gemok pukul 8.00 pagi. Ada dua trip aje, lagi satu tah pukul berapa...tengahari agaknya. 
Peta alternative Tioman
Di Pulau ini, jalan rayanya (jalan simen sebenarnya) hanya merangkumi sedikit kawasan sahaja (boleh lihat peta di sebelah ye...) yang garisan kuning tu lah jalan nya. Di sana juga tiada stesen petrol, petrol di jual di kedai-kedai runcit dalam botol air mineral satu liter. harganya RM4 seliter.  
Chalet Peladang, berapa caj tak tau la, maklumlah
 makan minum tido semua di tanggung.
Dari jeti Kampung Tekek, saya hanya perlu berjalan kaki ke Peladang Challet, disepanjang perjalanan itu, saya dihiburkan oleh nyanyian sambutan oleh keluang-keluang yang bermastautin di atas pokok-pokok.  


Bot berlabuh di Jeti Kg. Tekek
Bot berlabuh di Jeti Kg. Tekek


Bot2 di Marina Tioman, Kg. Tekek

Bot2 di Marina Tioman, Kg. Tekek


Tempat mengolah



Kampung Juara


Pemandangan dari belakang 4x4 ketika menuruni
bukit.
Tata



Program pertama yang diterjah adalah ke Kampung Juara, perjalanan menaiki pikap 4x4 sejauh 7 km, selama 20 minit, satu jeep humban sampai 15 orang, merasalah duduk kat tempat bawak barang. 






Pantai di Kampung Juara ni tenang sedikit, takdelah punah ranah macam di Kampung Tekek. Ketibaan disambut dengan buah durian.
Durian bagus tak ingat, RM5 sekilo.
Lepas tak puas melantak derian, bergerak pula ke pusat pendidikan penyu, naik 4x4 dalam 10 minit perjalanan. Sepanjang perjalanan dapatlah melihat pemandangan-pemandangan chalet2 di situ.


chalet2 on the way


muara sungai on the way

Rumah Penyu

Kapal mewah siapa tah

Sila baca sendiri ye






Marine Park


Disebelah utara Kg. Kekek terdapat satu kawasan snorkling, Marine Park Namanya, tak jauh jalan kaki dari Kg. Tekek, sebab setiap kali tanya orang yang on the way, cakap dah tak jauh dah, depan tu je, jalan punya jalan, sempat singgah kedai pekena cendol dan keropok lekor, lepas tu jalan punya jalan lah, dekat sejam baru sampai ke destinasi, tak jauh sejam perjalanan kaki aje.



Sebenarnya fokus pada bahagian kanan

Bot Baywatch

Orang Inggeris sedang beri makan ikan

Tak dalam pun, lebih kurang 30 kaki aje ketika air surut.


Terumbu karang tiruan




Kampung Salang


Kampung Salang terletak di barat daya Pulau Tioman. hanya boleh di capai melalui jalan laut ataupun jalan kaki dalam hutan. Jadi kawasan ini macam terasing sedikit, ramai pelancong di sini, harga makan dan minum juga lebih mahal dari di Kg. Tekek (kecuali meinuman beralkohol...)






Di sini aktivitinya lebih kepada penyelaman Scuba, snorkling ada la sikit-sikit...













Berjaya Beach Resort


inilah tempat yang paling cantik di temui di Pulau Tioman ni, tersusun dah tak berapa kotor, chalet paling murah RM400, paling mahal bunggalow atas bukit RM18,000 semalam, tak tau la, ini drebar bas kat sini yang bagitau.