Labels

Thursday, 5 May 2011

Jelajah Taman Negeri Endau Rompin

Pada 5 Mei 2011, aku telah pergi ke Taman Negara Endau Rompin buat pertama kalinya. Kemasukan adalah pada pintu di sebelah Pahang.


Kita akan terjumpa tasik ini sebelum sampai ke Pintu Masuk Taman Negara, kalau kena cuaca yang bagus, boleh dapat shot gambar yang menarik.

Dah ada ahlil yang tak tahan tengok tasik, keluar bas nak ambik gambar, tapi sure tak berapa cantik dengan cuaca sebegini.

Pintu masuk dan penunggu nya.

Ni dia titik permulaan naik ke atas, macam tak susah pun, 3 jam aje boleh sampai naik dan sekaligus turun kata orang situ. OK 10.30 pagi start naik..

Tak jauh pun, 1.3 km aje.

Dalaam ni penuh pokok2 berduri dan berkipas.

Camni la pemandangan sepanjang perjalanan...

Ada jugak pokok besar kat atas bukit ni...tapi jauh lagi perjalanan.

Ada mushroom..

Ni track lagi..

Lagi-lagi track...sama je pemandangan...

Ada jugak jumpa kawan kat sini...

Camni je.....sama jugak...

View ni lagi....

Kadang-kadang tu kena kasik cabaran sikit...

Akhirnya...belum sampai lagi ni, baru sign board, jam dah kul 1.10 pm.



1:43 pm,. Baru sampai kat mana tah ni, tapi view sini memang best untuk berehat nak makan nasik lemak bungkus, air sungai ni jernih, boleh minum. 

Sekitar kawasan seperti di atas.
Sekitarnya lagi.

Ni dah kira di puncak, punyalah banyak pokok periuk kera, tak heran dah kat sini, siap terpijak-pijak lagi sebab tak  boleh nak elak, penuh kat tanah.




Air yang jenih, sesuai untuk cuci tripod.

Pokok macam ni je la banyak kat sini, siap ada hiasan belalang lagi.

Track

Ni dah kira kat air terjun di atas, kalau kat belakang orang2 tu, ada air terjun yang tinggi, tak berani aku nak jengok, jadi aku amnibik gambar dari jauh aje,

Kawasan puncak, rata aje tempat ni, pokok kecik2 camni aje, panas pun satu hal, ingatkan  dah tinggi2 ni sejuk, tapi makin panas, tak boleh bernafas...

Tak heran la pokok2 camni kat sini, ada yang besar peha, tak da orang nak ambik bawak balik pun.

Trek kat puncak....agak seram walaupun terang, sebab ada bunyi2 misteri, tak tau apa...time ni dah pukul 3 petang, kira2 dah 5 jam setengah baru sampai atas...lapo lah pulak, tadi kata 2 jam dah sampai atas, jadi tak de le bawak nasik lemak extra... nasib baik air sungai boleh minum....

bagus....nasib baik tak boleh makan...lapo ni.....

Anak sungai kat atas, boleh minum ni...

Keadaan di puncak, seperti alam dunia lain rasanya, kena cuba sendiri baru tau...

Tanda kat puncak ni kot...tinggi jugak...1.5 km, dah dekat kul 4 p.m. ....kat atas puncak lagi ni, nak turun ni jangan malam sampai bawah dah....  
Pemandangan ketika turun...dah sampai bawah sebab sepanjang perjalanan turun dah tak nak ambik gambar dah...tak larat....sekarang jam 5 petang, kira2 ENAM JAM SETENGAH lah perjalanan nya! tak boleh pakai betul lah sapa yang kata tadi 3 jam aje....

Batu Penanda, sila guna GPS untuk ke sini.