Labels

Saturday 12 April 2008

Taman Rekreasi, Ampang


Taman Rimba Ampang, dulu saya tahu tempat ni namanya Bukit Belacan aje, amat famous budak-budak sekolah ponteng sekolah pergi mandi manda. Saya pun tak ingat aku pernah sampai ke tidak ke Bukit Belacan ni. Keadaan semulajadi di sini lebih kurang aje dengan kawasan-kawasan rekreasi yang lain, dan seperti biasa, target saya hanyalah snap gambar sungai, flora dan fauna. dan seperti biasa juga saya tak pernah sampai ke lokasi pagi-pagi buta untuk dapatkan mood pagi dan 'ray of light' di cecelah pokok-pokok. Dan seperti biasa saya tak carik apa benda yang nak fotokan, hanya lalu mengikut kaki, nampak pemandangan menarik, snap, senang aje kaedah fotografi saya.

 Kamera yang saya guna adalah Nikon D70, yang kira hebat ketika itu. Lens pula tak ingat, kalau lihat pada Exif data, mungkin Nikkor 35-70mm f/3.3-5.6 dan Tamron SP90mm f/2.8 Macro.

Nikon D70+Tamron Sp90: 1/200, f/8, ISO 100
Ketika meredah tebing-tebing sungai, saya terpandang satu makhluk kecil bewarna hijau. Seekor pepatung rupanya. Damselfly nama inggeris,  sebab bila dia landing, kepaknya kuncup. Kalau kepaknya terbuka, orang bilang itu 'dragonfly'.
Sebaik sahaja sudah berada dalam jarak target, saya terus snap dan snap sambil perlahan-lahan menghampiri nya. Kalau dia terbang pun sekurang-kurangnya ada juga gambar, walaupun saiz kecil.
Rapat-punya rapat, dapat lah juga dalam tak sampai satu kaki, jinak rupanya damselfly ni. Kebetulan, cahaya matahari direct pada nya, jadi gambar ni memang menggunakan 100% cahaya semulajadi.  Fokus, seperti biasa pada mata. Gambar ni sudah dipangkas sebenarnya kerana terdapat elemen-elemen yang mengganggu penghlihatan mata.

8 saat, f/22
Ini adalah pemandangan yang boleh didapati jika berjalan mengikut jalan yang ada. Komposisinya mudah sahaja, pokok kiri-kanan menjadi bingkai, batu di depan itu dijadikan 'foreground' dan diaplikasikan kelajuan pengatup yang lama. Kali ini lens yang digunakan adalah Nikkor 35-70mm dan mungkin ada Polarizer filter. f/22 digunakan untuk mendapatkan DOF yang dalam, dari batu di depan sehinggalah hutan dibelakang. Walaubagaimanapun penggunaan f/22 tidak digalakkan. Aperture begitu boleh menyebabkan gambar menjadi lembut (kurang tajam). Aperture yang optimum untuk lens ini sekitar f/5.6 hingga f/11, tapi jika menggunakan aperture tersebut, tidak dapat pula bukaan pengatup sehingga 8 saat. Tapi penggunaan 8 saat juga boleh mengundang risiko seperti Noise (boleh diperbetulkan dalam setting kamera ataupun post-editing). Jika ada objek lain yang interframe dalam jangka masa dedahan juga boleh merosakkan gambar. Tak lupa juga, tripod harus digunakan,


10 saat, f/22
Gambar ini diambil dari atas sungai, saya berada dalam sungai, kamera aje atas sungai, jadi tripod yang kukuh amat berguna, lagi berat lagi bagus, contohnya Manfrotto 190XPProB, walaupun dedahan selama 10 saat merentasi arus deras, gambar tak goyah. Amat berbaloi pikul tripod berat-berat sebegini, yang juga kadang-kala dijadikan tongkat untuk meredah sungai.

Gambar ini menggunakan pokok kiri kana sebagai bigkai, tetapi saya tak jumpa sesuatu yang menarik untuk dijadikan foreground. Batu di tengah-tengah itu letaknya terlalu tengah dalam gambar, saya tidak dapat menghampiri batu dengan lebih dekat,, dikhuatiri saya akan ditelan oleh arus deras. Jadi kelihatan sedikit kelompongan bahagian bawah gambar yang menjadikan komposisi gambar tidak berapa kuat. Jika saya pangkas bahagian bawah, dikhuatiri tidak nampak pula aliran sungai yang indah itu. WhiteBalance gambar ini pun tak berapa betul,tapi biarlah dulu, janji mata sendiri sedap memandang.


8 saat, f/22
Gambar ini memang diambil betul-betuil dari jambatan, tapi saya tak pernah jumpa lagi gambar komposisi yang sama/hampir sama. Untuk mendapatkan imej yang compressed begini, lens 35-70 di setkan pada 42mm.















Kaedah mengambil gambar,
nasib baik Malaysia ni takda ikan Piranha
Jika anda tidak bersedia di pacat kan begini,
 jangan ambil gambar sungai